Posts

Showing posts from December, 2008

untuk semua wanita termasuk diri sendiri.....

Perempuan, wanita atau Hawa...ini untuk kita...( Yang paling khusus ini untuk diri sendiri...) Memang adakala malu sendiri bila membaca peringatan ini, Malu bila nak menjawab: Tersimpankah aurat yang ada? Terjagakah pandangan? Terpeliharakah tuturkata, adab dan sopan??tetapkah pendirian saya? teguhkah iman saya?.. Moga peringatan ini akan sentiasa membayangi kehidupan saya, dan tentunya cik hawa lain diluar sana... Hawa je ker...ISH, kaum Adam pun kena baca.... mencari yang tersirat dalam tersurat.. agar hidup di sini lebih harmoni dan agar tujuan asal tetap teguh tidak diketepi... Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

CiNtA, KORbaN, IkHlas Dan YakIN

Terima mesej dari k.sal: Assalamualaikum. Ani apa khabar? Ani sampaikan salam sayang kak sal untuk semua disana. Akan kearafah sabtu ini. Doakan kak sal dapat haji mabrur. Amin Nampaknya K.sal dah pun bergerak ke Arafah…..tanah bertemunya Adam dan Hawa setelah bertahun mereka dipisahkan…bumi yang menyaksikan penyesalan atas kesilapan yang telah mereka lakukan. Ketika Umrah cuti pertengahan tahun baru2 ini…sempat dibawa melawat ke arafah….tapi kosong…yang ada hanya tanah lapang, pokok2 yang ditanam dan khemah2 kosong….malah lucu pula bila diberitahu mutawif bahawa tandas2 yang kelihatan hanya digunapakai ketika bulan Haji sahaja…. Saya rindu nak kembali kesana lagi… Rasa rindu yang tak dapat digambarkan bagaimana… Dan kali ini teringin benar untuk menikmati erti pengorbanan yg telah dididik oleh Nabi ALlah Ibrahim dan Ismail...... teringin benar melaksanakan penghayatan seperti yang pernah diajar oleh Rasulullah ….dan tentunya teringin benar untuk menanamkan jauh dalam sudut hati yang d

Tunggu Teduh Dulu

Terlalu banyak permohonan dan permintaan rupanya dalam hidup ini. Mohon hidup sejahtera, mohon orang2 yang disayangi sejahtera...mohon bahagia... Hingga tidak dapat dipastikan permohonan manakah yang lebih utama, lebih aula dan lebih afdal didahulukan Terlalu banyak yang ingin dipinta....dan semuanya menggusarkan. Apa benar, bila setiap keinginan,permintaan dan permohonan itu dipenuhi...hidup bakal lebih bahagia.... "Kelekatan atau attachment aku kepada ketidakbahagiaan aku. Ia sumber yg menjauhkan aku daripada manusia. Kamil jadi maya but diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan..." "Keinginan dan pemilikan itulah yang mampu memberi kita keselesaan dan kebahagiaan sementara, tapi tak mampu menjadikan aku insan dengan manusiawi yang sejati." (Dialog Teh Sofia dari Novel Tunggu Teduh Dulu Karya Faisal Tehrani) Perasaan terujanya untuk memiliki sesuatu tidak sama dengan perasaan kita terhadap sesuatu yang telah kita miliki. Perasaan memiliki sesuat