Posts

Showing posts from May, 2008

penat dah pikir.....

Saya terima mesej ini sebaik sahaja selepas jogging cuti wesak baru-baru ini Antara hati yang ikhlas dan hati yang baik mana yang penting dulu? Sa habat yang baru beberapa bulan saya kenal ini cukup suka mengasak saya untuk terus berfikir dan berfikir... dan kali ini saya berfikir lagi.... Setelah melewati hari lahir ke 28 baru-baru ini, merayakan hari guru pada 16 mei dan melalui hari demi hari yang mendatang.... masih ikhlaskah saya?????? Kata kawan saya yang seorang ini.....saya baik dan ikhlas orangnya... Saya pohon agar kata-katanya benar dan nyata... Tapi...saya terus-terus berfikir.... baikkah saya andai ada juga hati-hati yang terluka dengan tindakan dan perbuatan saya ikhlaskah saya bila adakalanya tindakan yg dilakukan penuh harapan yg terselindung... biarpun meyakini harapan itu sekadar mimpi.... Adakalanya malas nak berbicara tentang ikhlas lagi... Malas mahu mengambilkira, malahan malas untuk menilainya.... Biarlah ALLah menentukan...dan biarlah ALLah menilainya sendiri...

Sudahkah kamu temui sahabat kamu?????

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesu