Posts

Showing posts from January, 2006

+HijRaH 1427+

________________________________________________________ ~*~ 'Teguhkan hati, tebalkan iman.Kejapkan diri, kentalkan pendirian. Walau musim silih berganti, walau ombak datang membadai, walau apa jua rintangan yang menghunjam, kesemuanya perlu di harungi dengan berani. Tebarkan sayap dengan kemas untuk menakluk alam agar diri tidak tumbang. Kibarkan bendera dengan cekap untuk menerobos dunia agar hati tidak kecundang' ~*~

Last day..

Apa yang dilihat dalam diri? ____________________________________________ Orang luar sering mengatakan saya lemah lembut dan bersopan orangnya...itu org kata.. . Asmak pula kata..saya sudah semakin berubah..dulu saya tak seperti ini... Ada juga yg kata..dulu sampai skrg sama jer....bila nk berubah ni?? Mengenali diri sendiri adakalanya perkara yg paling sukar untuk kita lakukan...Mungkin itu sebabnya ada cerdik pandai yg mengatakan pandangan lwn kita trhdp diri kita sndiri itu ada baiknya.... Menyelongkar keburukan diri adalah sesuatu yg amat memalukan..namun ia perlu agar tidak terus bertapak dan berakar umbi... Tak ramai yg tahu dlm lmbut yg dilihat, saya cukup kasar orgnya, degil dan hati sy boleh jd keras, sekeras besi..sudah tentu pula sprti mana realiti saya jenis mudah panik bila dicuit..adakalanya pandangan saya tersasar dan adakalanya hujah saya berlandaskan rasa..mungkin juga itu fitrah kaum Hawa yg telah ditentukan....malahan kdg2 amarah turut menguasai diri... Benar juga ka

1 Day To Go.....

Image
Cerita org bertunang................. Selepas Normah a.k.a Mamek, kemudian Yana dan Epul tibalah giliran Naem dan Mila pula...Ini adalah majlis pertunangan 14 pertama yg saya hadiri..Norm bertunang di Melaka, saya pula tgh kursus wktu tuh..Yana pula tunang gaya org putih..hehehe.dan sayangnya mjlis Mila terlalu jauh..tak dan rasanya nk berlari ke Kelantan dr Shah Alam...luckily rumah Naem dkt jer.... Ketibaan saya di S.Alam disambut dgn arahan menunggu tart yg ditempah untuk hantaran hari tersebut masak...berlegarlah saya dan peneman saya Asmak di sekitar kompleks PKNS S.Alam tuh...Tart tu ditempah dr 'Oven fresh'..sedap tau..sempat juga ler kami berdua rasa... Di rumah Naem, msg2 berwajah ceria..Ammar sibuk melayan kami..waktu tuh Nani, Ida, Sara n opismate naem Wati sama-sama turut menyibukkan diri.hehehe..ialah buat2 cam rmh sendiri, cuma x buat mcm mjlis pertngn sendiri jer....sempat juga ler jd tukang angkat hantaran naem yg 17 dulang tuh ke bawah..hehehe anak dara le kat

2 Days To Go.....

Image
Wishing Stars n 2 CemPaka 1 s aya pun tak tahu kenapa cempaka yg dipilih... Ahlinya 39 orang semuanya..23 lelaki dan 16 org perempuan....Bayangkan sahaja keadaannya bila lebih ramai lelaki dari perempuan,apatah lagi masing2 berumur dalam lingkungan 7 ke 8 tahun..Ketua kelasnya Mustapha sgt bertanggungjawab..dan pembantunya Sazuliana yg saya pngil Yana shj... Tahap satu di sekolah ini tiada streaming soo kebolehan anak2 ini berbeza, malahan setiap dari mereka ada rahsia dan cerita tersendiri...saya ada pelajar yg tidak tahu nama bapa dan ibu nya sendiri malahan dlm register yg saya terima bin atau bintinya tidak ditulis dgn jelas..kasihan dia..terpinga-pinga bila membuat latihan berkaitan keluarga... Saya juga ada pelajar yg berlatar belakangkan broken family..pd satu hari saya smpat melihat dia bertemu ayahnya dlm keadaan bersembunyi... Tahap penerimaan mereka berbeza..Hey! I even have those who cant read and didnt recognise numbers...and i also have those yg kata : Cikgu....saya dah t

3 Days to Go.....

hari yang kalut.. saya paling suka hari Jumaat....... Awal pg dah siap untuk hntr Shifa' kesekolah agama.... Sementara menunggu untuk menjemput Shifa' serta Zaki yg ada aktiviti pg, berlari ke bank, pejabat daerah, pejabat TNB dan post office untuk uruskan bil dan cukai yg tlh diamanahkan.... .................................................................................. 10 tepat bergegas jmput Zaki dan kemudian Shifa'....balik rumah .................................................................................. 11 lebih ..bersiap dan harus ke sekolah ada aktiviti persatuan..kalut lg....Shifa dan Zaki akan dijemput kemudian... ................................................................................... 12.45 tghari : aktiviti tamat...rush balik rumah semula..kena jmput Shifa' untk ke sekolah kebangsaan mcm biasa... sampai rumah..laaa...mama dah hantar adik saya tuh..patah sekolah balik... ...................................................................

4 Days To Go...

Image
Antara 3 perkara yg sering saya lakukan bila stress, tension, marah, resah dan tidak selesa ... i. berjalan, bersiar dan memandu kereta ii. look for CHOCOLATE and ICE-CREAM..... iii. Jog ; ) B e r j a l a n, BersiaR atau m e m a n d u.... Ia berlaku secara spontan..bila saya memikirkan sesuatu..tiba-tiba je kaki terus melangkah dan tak sedar ...adakalanya 2,3 kali saya sesat tapi bila dah reda dengan sendirinya saya jumpa jln pulang..sewaktu di matriks Petaling Jaya sempat juga saya naik trn 2,3 bas ke kl, dah sampai kl kembali ke PJ. waktu tu keta tak der lg....dalam bas saya akan berfikir dan berfikir...masuk main campus pula satu campus tu saya tawaf.... tapi saya cuma buat benda nih bila terlalu buntu atau dah terlalu lost...............biasanya saya LooK for CHOCOLATE n ICE-CREAM Yang ini agak obvious dan sangat kerap saya buat...especially waktu saya 1st and 2nd year kat main cam..bila turn saya to present something...1 hour before class saya dh mengulum chocolate..kekdg sampei

5 Days To Go.......

Image
Entah kenapa pagi ini saya rasa terlalu sayu...doa bangkit tidur saya baca sebaik shj mata saya terbuka..dah lama betul doa itu saya tinggalkan....Ma'thurat apa tah lagi..tiba-tiba hari nih rasa bersalah teramat sangat..rasa terlalu jahat..rasa nak buat baik...rasa tak mahu kalut! Rasa terlalu banyak yg dikejar dan terlalu tinggi saham dosa dah dibuat...... dengan rasa itu saya hantar Shifa ke sekolah agama, memandangkan hari ini hari pertama Shifa' bersekolah agama, saya uruskan halnya sebelum ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum.... Lewat.....perit juga telinga menadah perlian guru lain...dalam rasa bersalah mengakui Tuhan lebih mengetahui.. Lucu pula rasanya bila Faizal, penyelaras sukan malahan teman yg sama2 posting bertanyakan Shifa'..pada fikirannya Shifa' anak saya...lagi lucu bila pakcik tempat saya bertandang setiap lwt ptg membeli kuih menyatakan rasa sayang saya sebagai mama kepada Shifa'...ALlah maha mengetahui yang sebenarnya.. Petang itu juga..hati r

+BeInG A ReAL TeaChEr+

Image
List nama kelas harus disediakan segera..ehhh apa nih...hah.. capaian tidak berwayar?!? ..hehehe wireless connection dalam bilik sendiri ....setelah 20 hari duk kat rumah baru nih bru sedar ada wireless connection dlm blk sendiri...tak perluler tunggu talian telefon rumah yg entah bila bakal disambung.... Lamanya tak jenguk blogspot.... citer apa kali nih yer ....hmm banyak peristiwa dah berlaku sepnjang awal tahun baru ini..ialah kerja baru ... rumah baru .. kawan baru ....mana nk mula yer... memandangkan ramai member maktab yg bertanya my 1st experience kat sek, kita flashback yg itu dulu yer.... 3rd JaNuAry 2006 actually..saya dh prnh ke sekolah ini..waktu tuh daftar shifa' dgn seorang yg saya sangka kerani tp rupanya gurubesar kat sekolah tuh...hahaha..mujur mulut saya tak tanya mana satu GB waktu tuh...she's really a nice women...rupanya sy x bersendrian...ada K.cah, K. win, K.Ida, Nang Noraini yg turut sama 1st time melapor diri... Awal pg kami diberi briefing berkaitan s

TaHun BaRu masihi

Sempena tahun baru masihi yang bakal menjelang, saya terkenang persoalan-persoalan yang diutarakan oleh Imam Ghazali sepanjang pembacaan saya.... Apakah yang paling hampir dengan kita? Apakah yang paling jauh dengan kita? Apakah yang paling ringan buat kita? Apakah yang paling berat buat kita? Dan apakah yang paling tajam buat kita? Yang paling hampir dengan kita adalah maut..Tahun baru ini membawa kita lebih menghampirinya...tidak kita kejar dan ia tidak berlari ke arah kita..namun ia pasti. Siapa tahu esok atau lusa...Ruginya rasa bila perjalanan ke arah sesuatu yang pasti itu kita sia-siakan...Ruginya rasa bila keindahannya tidak kita nikmati dan kepedihannya tidak kita hayati.... Yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau.....Yang berlalu akan terus berlalu...Usah bermimpi untuk mengulangi sesuatu yang telah pasti...Sejarah tidak akan berubah....dan hari ke hari kita bakal meninggalkannya tidak di hati tapi ia realiti... Yang paling ringan buat kita adalah melakukan dosa....be

POsTiNg ManA??

Sepanjang 2 hari lepas…kotak mesej saya didatangi persoalan dari teman2 maktab berkaitan penempatan saya, malahan khabar gembira tentang petempatan masing-masing... ...'tak dpt info lagi' hanya itu yang saya mampu balas... Akhirnya...lewat senja semalam jawapan yang pasti telah pun saya perolehi.... S.K Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.... Alhamdulillah...memandangkan keluarga kami bakal berpindah ke kawasan berhampiran...ia tidak mendatangkan sebarang masalah buat saya.... Dan yang paling gembira sekali tentulah Shifa' adik bongsu saya, kerana saya juga bakal bergelar guru disekolahnya sendiri...macam-macam perancangan yang ada di kepalanya.......awal-awal lagi dia saya peringatkan untuk tidak memanggil saya kakak ketika berada di sekolah.....Cuak rasanya satu sekolah dengan adik sendiri....salah dan silap dia adalah salah dan silap saya ..tapi lebih cuak lagi bila bakal berhadapan dengan anak-anak kecil lain di sekolah tersebut dengan membawa harapan ibubapa mereka.... Anehka