Cerita june

June...bulan yang dekat dan punya sentimental value buat ibu...

June : bulan dimana kehidupan ibu sentiasa berubah ke fasa yang baru

12 June thn ini genap 6 tahun ibu bergelar isteri..fasa kematangan yang sepatutnya mendewasakan kita semua

18 June 5 thn lepas fasa isteri bergelar seorang ibu dan ibu dapat kamu

10 June 3 tahun yang lalu...ibu kehilangan orang yg paling hampir dan dekat dgn ibu buat pertama kalinya....

Dan ibu dapat merasakan perubahan yang besar dalam kehidupan ibu....

Apa yang ibu lalui memberi kesan utk kehidupan ibu...

7 hari selepas itu....17 June kita dianugerahkan Nuha Salsabila..Alhamdulillah

Sekali lagi masa berlalu ...seribu satu kisah dan cerita telah terjadi...ia hadir dan pergi
Dan banyaknya telah ibu sia-siakan dan betapa pada setiap fasa itu ibu sentiasa menanam azam dan impian untuk memperolehi yang terbaik...

Dan ibu percaya kita memasang impian, berimaginasi dgn apa yg akan kita hadapi pada fasa2 berikutnya... Imaginasi itu mendorong kita bertindak, membuat keputusan, meluah rasa dan keinginan....

Awal perkahwinan ibu dan ayah: Sama seperti pengantin baru yang lain... dalam ragu...ibu redah dan tawakal...yakin pada ketentuan ALlah...namun masih punya impian...masih melakar mimpi...jemaah bersama...mendidik anak2 mencintai ALlah dan Rasulnya...memperbaiki diri dan saling melengkapi....impian untuk ke syurga bersama bg ibu bkn hanya sekadar kata2 dan ucapan ia perlu dibuktikan....

Namun tidak semua kehendak kita mampu kita perolehi begitu sahaja....Tidak semua impian boleh ada hadapan mata dan menurut apa yang kita rancang sepanjang masa....Tiada juga perkara yang dapat dilaksanakan tanpa penghalang dan mungkin ujian....

Sama ketika melalui fasa bergelar ibu...sekali lagi impian dilakar cita2 terbentuk....jelas ibu mana yang tidak mahu anak yang terbentuk akhlaknya...kuat dr segenap segi fizikal, mental, emosi dan tentunya keyakinan pd ALlah dan Rasulnya..Cemburu lihat anak org lain....3 tahun sudah fasih membaca Al Quran...sudah solat dan tertib tingkahlakunyamenghafaz Al Quran..itu, ini dan sebagainya

Ibu2 mereka sangat hebat, ALlahuakbar ibu teringin seperti itu....bukan...ibu mahu seperti itu juga...kenap ibu tidak boleh seperti mereka...Ia tidak semua yg kita impikan dapat diperolehi dengan mudab....ALlah lihat sejauh mana kesungguhan kita...ALlah duga keazaman kita...ALlah uji setakat mana keinginan kita....

Dan ibu lupa....ibu juga adalah amanah untuk seseorang

Ibu isteri untuk sang suami

Dan dia bertindak atas impian dan cita2 nya

Apa jadi jika impian kami tidak sama
Apa bakal berlaku jika jalan kami berbeza
Apatah lagi jika kami saling tidak memahami kehendak masing2...

Untuk satu2 perkara...kita perlu ada 1 keputusan untuk meneruska  kehidupan yang bersandarkan impian dan cita2.....

Bergelar isteri, ibu, anak dan menjalani kehidupan sebagai hamba ALlah tidak dapat lari dari membuat pilihan dan keputusan....

Moga ALlah beri petunjuk dan lorongkan jawapan untuk setiap persoalan...

Saya isteri yang serba kekurangan...banyak kelemahan namun punyai impian untuk ke syurga....tp bukan sendiri....

Wahai imam saya....ketua keluarga saya..orang yg saya yakini ALlah telah tetapkan yg terbaik buat diri...Moga ALlah permudahkan urusan...berikan petunjuk untuk pilihan yng terbaik bg apa shj yg dihadapi....keputusan yang akn membawa keluarga ini memperolehi redha ilahi

Selamat Hari Ulangtahun suami

Moga impian dan cita2 kita pada fasa seterusnya harmoni.....

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Modul Transformasi Diri.