Metafora larian

Mengakhiri apa yang telah dimulakan.
Apabila menyertai larian, mahu tidak mahu ia perlu ditamatkan.....

Penat dan lelah bagaimanapun kaki wajib terus melangkah....
Minda terus-terus memotivasikan diri bahawa ia akan pasti tiba ke penghujungnya.....

Cari kekuatan dengan zikir di sepanjang perjalanan...Mengingati ALLah tanpa henti
Alhamdulillah, Bersyukur atas nikmat kaki yang masih boleh melangkah
Alhamdulillah, Bersyukur untuk tubuh badan yang sihat
Alhamdulillah, untuk tempat bumi berpijak
Alhamdulillah untuk udara yang dihirup
Alhamdulillah untuk setiap satu perkara

Pedulikan yang lain,

Akur,
 Yang kuat, berlatih dan bersedia untuk hari ini, biasa menjadikan larian ini rutin sehari-hari pasti sampai awal dan mungkin memperoleh kemenangan yang nyata

Yang biasa-biasa akan memperoleh apa yang setimpal dengannya....

Ibu.... menghabiskan larian denngan menghayati metafora kehidupan yang perlu diteruskan hingga kepenghujungnya

Penat, lelah, tawa dan tangis silih berganti

ALhamdulillah perjalanan 36 tahun ini masih belum berhenti rupanya...
ALLAh masih memberi ruang dan waktu untu bertaubat dan memperbaiki diri...

ALhamdulillah untuk setiap ketetapan, ketentuuan, kebetulan yang sememangnya direncana ALLah buat diri..

Alhamdulillah untuk insan-insan yang dari dulu hingga kini, insan yang baru kutemui dan insan sekeliling yang mengenali diri...

Mama yang tidak pernah berhenti berdoa, keluarga yang sentiasa ada, suami yang berusaha dalam apa cara membuktikan rasa cinta, nak-anak penyejuk mata dan inshaallah penghuni syurga, sahabat dan teman yang kadang2 buat diri terasa sangat malu atas budi dan kebaikan mereka....

Alhamdulillah untuk setiap perkara,
Alhamdulillah ALLah buka mata bahawa diri ini tidak punya apa-apa tanpa ALLah jua
Alhamdulillah dibukakan mata untuk setiap nikmat agar tidak lupa..

Moga tidak alpa, moga tidak berbangga dengan segala yang ada...Moga cinta ada batasnya

Kaki ini perlu melangkah lagi...Entah berapa tahun lagi,
Moga akhirnya baik-baik sahaja, Moga menang kali ini....

Andai ibu sampai dulu anak-anak
Ibu tunggu Inshaallah kalian disana...

Tempat yang ALLah janjikan untuk pemenangnya...

Teruskan melangkah anak-anak....jangan berhenti, ingat ALlah apa yang Allah beri dan

Percayalah...

Apa yang bermula akan ada akhirnya....

Ibu tunggu nanti InshaAllah....


Finisher
We love we care
5.5km Bangi gateway charity run 2016
10 April 2016

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Modul Transformasi Diri.