+7 Sya'ban 1435 H+

Bulan Islam, Hari ini Nuha Salsabila genap setahun...


Bidadari Ibu


Jelita ibu


puteri di hati ibu


'Aishah Humaira' ibu


Sayang dan kasih ibu buat kamu tidak ada bezanya berbanding abang....
Umpama sepasang mata, itulah ibarat kalian berdua buat ibu
Bagai sepasang tangan...demikianlah kalian di hati ibu...

Kudunglah ibu tanpa salah satu dari kalian berdua
Cacatlah ibu jika hilang satu mata.....

Nuha Salsabila...

Dalam diam ibu melakar impian dan harapan

biarpun wanita namanya lemah
tapi doa ibu agar kamu gagah

Dalam ayu dan lembutnya kamu
Ibu tahu kamu teguh
kerana di hati kamu utuh
meyakini bahawa tiada mampu siapa menyentuh
Kerana yakin kamu Tuhan itu ALlah

dengan alasan itu sayang
hati kamu tidak akan rapuh
biar seribu dugaan perasaan sayang dan cinta datang berlabuh
Tiada yang retak mahupun terbelah
Tiada sengsara mahupun gundah
bila hati benar2 milik ALLah

Simpan hati itu sayang
bukan ibu menghalang atau mengekang
tapi ibu tidak mahu kamu lemah
menangisi cinta yang tak sudah-sudah
sedangkan cinta itu cerita indah
bila ia bersama ALlah

Peliharalah dirimu sayang
Jagalah maruahmu
Binalah dinding di sekitarmu
Bukan untuk menyendiri
Namun untuk menyelamatkan diri
Menghindari diri dari jadi bahan fitnah dan sasaran

Kamu bakal punya kelebihan sendiri
Biar apapun kamu cantik dimata ibu

Doa ibu akan sentiasa mengiringi
Cinta ibu buat kamu juga tidak berhenti
Namun sekali lagi
cinta ibu kerana ALLah

Moga kita bertemu di syurga lagi...
Doa dan impian ibu setiap hari..

Comments

Popular posts from this blog

+persepsi dan pengorbanan+

Kembara Rohani yang baru.. .