Posts

Showing posts from February, 2009

kuliah 15 feb: Ustaz Ismail Kamus

Mungkin agak lewat untuk post balik apa yg dah saya dgr di kuliah Ahad lepas... Hehehe macam lewatnyer saya waktu dtg ke kuliah tersebut.. Ahad, 15 Februari 2009 Tiba di surau agak lewat ahad lepas....Penceramah kali ini Ustaz Ismail Kamus.. Memandangkan lewat, apalagi saya duduk di bahagian serambi surau.... Tajuk kali ini 25 amalan untuk masuk syurga...(Tajuk ini pun dapat dari makcik sebelah saya yang sampai lebih awal, terima kasih makcik!) Saya dah pun yg terlepas maklumat awal... tapi isi seterusnya saya cuba catat sebaik mungkin dan hasilnya... Amalan ke 2 untuk masuk syurga ialah : Takwa kepada Allah SWT Apa itu takwa: ia adalah takut yang berpanjangan, berhati-hati berterusan daripada cubaan di dunia seperti berjalan diatas jalan yang penuh dengan duri. Saidina Umar Abdul Aziz berkata takwa itu bukan hanya bangun di waktu malam atau puasa diwaktu siang. Takwa itu menunaikan apa yang diperintah, meninggalkan apa yang dilarang dan menambah amalan. Ustaz beri banyak contoh mudah.

Hari Sabtu saya....

Image
8.00 pg Awal pagi, lepas hantar shifa ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum, terus ke PPD Hulu Langat untuk Mesyuarat Puteri Islam Mesyuarat dimulakan dengan ceramah Motivasi: Pemimpin sebagai role model, perlu ada advance planning, perlu ada ketepatan masa dan perlu berdisiplin. Senyum dan menyampaikan. Pn Hjh Rahimah, Pengerusi Skuad Puteri Kebangsaan mengingatkan agar label Islam itu perlu cantik, indah dan sempurna. Puteri Islam bukan setakat perlu cantik tapi bersemangat, berdisiplin malah tersusun dan teratur.... Wah, panjang ceramahnya...tamat ceramah ada taklimat berkaitan penilaian kemudian AGM yg ke 16....Aduh, 12 lebih sepatutnya saya berada di Equatorial Hotel, jamuan perpisahan sekolah dgn beberapa orang guru..... 1.30 tghari Mesyuarat masih belum tamat, perlantikan AJK dan sebagainya... Saya minta izin nak ketandas dan seterusnya.....tak balik2 dah ke dewan.....Hehehehe 2.00 ptg Solat Zuhur dirumah K. Pisah dan bergerak ke Equatorial Hotel Tiba saat mereka semua mahu pula

Perak Hari Ini......

Adakalanya takut untuk membaca akhbar dan seram untuk menonton televisyen.... Kadang kala keliru...adakah itu realiti atau hanya cerita yang dipaparkan bagi menarik minat pembaca... Kali ini media sibuk dengan isu di Perak..... kisah dan cerita datang silih berganti... Motifnya: menyampaikan kebenaran, menunaikan tanggungjawab atau mengaut keuntungan ?? Mahu dikatakan saya berminat dgn politik.... tidak sama sekali , namun satu perkara yang perlu saya dan kita semua akur, politik itu merupakan sebahagian dari nadi kehidupan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, sebagai satu jalan untuk kita hamba yang telah diciptakan ALLah diuji sebelum dinilai dan diberi ganjaran..... Nyatanya politik itu juga adalah sebahagian daripada ajaran islam.... bukan politik yang membawa Islam namun sebaliknya Islam yang perlu berada diatas dan politik itu adalah salah satu dari cabangnya..... Jika tidak masakan Rasulullah mampu mentadbir Madinah, membuka semula Mekah dan seterusnya menakluk tanah arab.....

Ustaz Zul ' kalam suci' dan dosa

7.00 pg: Pagi Ahad yg biasa...setelah jog di Tasik cempaka, hantar Shifa training Netball di sekolah.. 9.30 pg: Dlm perjalanan ke Kelas Agama di Surau An Nur.....kereta Myvi comelku ditahan makcik yg sering aini nmpak di kelas yg sama... Kasihan makcik mahu menumpang ke kelas agama....kebetulan kami mahu ke tempat yg sama... dan dari bibirnya lahir...Maha suci kuasa ALLAH. Kayanya ALLah itu... Makcik yg saya tumpangkan itu sudah tua, bdannya bongkok dan jalannya terketar-ketar.....namun semangatnya kuat.... tiba di tempat yg dituju....mkcik dan mungkin boleh digelar nenek itu berdoa... moga hidupnya berkat ya nak .. Saat itu hati rasa senang....sangat senang.... dan kerana tamak saya bersuara doa yg baik2 ye makcik permulaan hari yg baik, hari ini saya rasa sangat bahagia... Kelas hari ini dikendali oleh Ustaz glamer Astro oasis: Ustaz Zulkarnain Hamzah....dr kalam suci Kami bermula dgn sabda Rasulullah SAW: Sungguh dia sudah berdoa dgn Namanya yg Agung yg bila diseru dengan nama itu,