Posts

Showing posts from May, 2007

Good Conversation

Staying at home.....doing nothing..ish silap surfing hehehe My cute Myvi masuk workshop (hehehehe org ganas bawa kereta...) Reading...... A Man went to a BARBERSHOP to have his hair cut and his beard trimmed.As the barber began to work, they began to have a GOOD CONVERSATION.They talked about so many things and various subjects. When they eventually touched on the subject of ALLAH, the barber said: "I DON'T BELIEVE THAT ALLAH EXISTS." WHY DO YOU SAY THAT?" asked the customer. "Well, you just have to go out in the street to realise that ALLAH DOESN'T EXIST. Tell me, IF ALLAH EXISTS, Would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH EXISTED, there would be neither suffering NOR pain. I can't imagine a LOVING ALLAH who would allow all of these things." The customer thought for a moment, but didn't respond because HE didn't want to start an argument. The Barber finished his Job and the customer left the shop. Ju

woman and stones

I am thinking of a woman who walked into the waters of a river with stones in her pockets I am thinking of the waters of the rivers of my life I am thinking of the stones in my pockets All women are born with stones in our pockets Empty them, empty them, Swim.

Mc Flurry Oreo, eina dan cerita kami....

Image
akhirnya...... McFlurry Oreo, eina dan cerita tepi dinding Mc D yg tidak kosong..... My appreciation goes to Fadhlina Zakri, my bestest friend ever...walaupun dia sibuk dgn due borang-borang tax yg perlu dihantar b4 30th June n her own problem (hey, semua org ada masalah) dia masih ada di situ untuk saya... Bersama awak, buat saya rasa rendah diri...kuatnya dan sabarnya awak sentiasa buat saya kagum...hope one day ill be just like you.....Trust me Eina, segalanya bakal berbaloi.. kerana janji tuhan, kemenangan sentiasa buat orang2 yg sabar ..sebenarnya kata-kata tuh untuk saya juga To show my thankfullness, would like to promote her company.hehehehe....She's doing Secretarial Services, income tax, accounting, audit, business/company registration, working paper loan and etc....Semoga rezeki dia bertambah lepas ni. Fadhlina Mohd Zakri. Tax Consultant 019-2553096 SQE Management Services No. 302, 2nd Floor, Diamond Complex, Jalan Medan Bangi 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

k.o.s.o.n.g

rasa nak jog dan jog... rasa nak makan chocolate.... rasa nak makan aiskrim..... rasa nak jalan dan jalan dan jalan..... sudahnya hanya memandang dinding yang kosong.....

Cuti Sekolah Mula..................

Hmmmmm seronoknya... Nak buat apa yer cuti nih..... dan tentunya cuti kali ini, saya dibanjiri dengan undangan walimatulurus...Mama pula sampai pesan beli album, buat letak kad-kad kawin yang diterima....hmmmmm cantik-cantik kad kawin depa nih.... Doa saya agar asas binaan masjid yang bakal dibina kukuh dan teguh.......... Sebagaimana fungsi masjid sebagai rumah dan tempat mendekatkan diri pada yang maha Esa, begitulah juga fungsi tautan dan pertalian pernikahan kalian......kerana bukankah pertemuan kalian itu juga telah ditetapkan oleh DIA......Moga perjalanan hidup kalian diberkati, moga kalian teguh memegang asas binaan, dan tegar dengan sebarang ujian yang mendatang...kerana janji tuhan hidup ini sememangnya untuk diuji..........dan moga ia kekal hingga ke syurga...Aameen... Hehehehe..dan maaf untuk Aishah a.k.a K.long...saya tak dapat nak hadirkan diri hari ini,begitu juga zulida dan shichi namun doa saya sentiasa mengiringi.................. apa lagi ya cuti kali ini...... Nak

doa itu....

Ya ALlah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari Mu, dengan ilmu Mu, aku minta kekuatan dengan kekuatanMu, Aku meminta dari-Mu dari kelebihan Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah paling mngetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah jika engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas sesuatu Dengan keterbatasan ilmu yang dimiliki oleh seorang hamba, moga kebuntuan itu berlalu dan moga ALLah berikan yang terbaik sentiasa.....Moga langkah hidup didunia ini terus diberkati

Seteguh Tekad

Saya memang mengagumi dia.... Senyum dia...cara dia bercakap, nadanya yang lembut dan mnyentuh hati dan gerak dia yang sering menggambarkan karisma yang dimiliki..... Saya yakin bibirnya yang tersenyum menyimpan seribu satu rahsia..... dan hari ini saya menamatkan buku hasil tulisannya... Cerita hidupnya.......kisah cikgu Sidek Baba..ikon dan idola yang banyak mempengaruhi saya Bibliografinya:Seteguh Tekad hasil tulisannya sendiri itu buat saya bergenang airmata...sepanjang pembacaan... Saya bertambah kagum...malah rindu nak mendengar kmbali ucapannya seperti di UIA dulu....ucapan bak seorang ayah kepada anaknya sendiri....walaupun ketika itu saya duduk di hujung dewan yang besar...... Dan tentu sekali banyak petikan dan kata-kata hikmah yg sering menjadi perhatian dan tumpuan saya......... Aku merasakan banyak benda dalam hidup di dunia ini memerlukan jawapan. Dalam usaha mencari erti hidup dan makna kehidupan, aku selalu yakin Islam ada jawapannya. Islam bukan sekadar agama solat, za

sweeeeeetnyeeer

Image
Sweet nyer........ Selamat Pengantin Baru Alamak, terlepasla peluang saya nak dapat gelaran Puan Besar....HAahahahaAhA

.......

Image
"Alihkan matamu ke laut..airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah kehidupan manusia,riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa , pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu... " "kesusahan hidup yang menimpa dirimu itu menandakan kerinduan Allah untuk berhubung mesra denganmu" " hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang" " kata-kata itu adalah cerminan isi hati sedang orang sekelilingmu itu adalah cermin yang terbaik buat diri"

Guru Oh Guru

Seawal 6 pagi terima sms Hari Guru dari beberapa orang teman….…. Hari nih, hari gurulah……. (“,) Dan doa saya seawal pagi itu… Moga saya diberi kekuatan dari ALLah untuk benar-benar bergelar pendidik…..Moga panggilan cikgu bukan hanya sekadar gelaran….. dan moga Tuhan sentiasa tunjukkan jalan….Ameen Buat semua cikgu……dan mereka yg bergelar pendidik, saya kongsi sajak kegemaran saya nukilan sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang yg saya terima dari seorng anak murid…. Guru Oh Guru Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu katanya menjadi hikmat Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini Presiden sesebuah Negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Sejarahny

heart 2 heart

Heart to heart with K.Mas...Unbelievable!!! Hingga kini, nasihat dan kata-kata K.Mas, English teacher @ my school masih lagi terngiang-ngiang di telinga...Kagum dengan redha yang dimiliki dan pegangan bahawa segala sesuatu yg terjadi dibawah kekuasaan ALLah...... cant forget her words.... Im searching for my own soul... trying to find myself...... and I believe it takes a lifetime to learn how to live, how to share and how to give, how to face tragedy that comes ur way, how to find courage to face each new day, how 2 smile when ur heart is sore, how to go on when u cannot take no more, how to laugh when u want to cry, how to be brave when u say goodbye, how to still be love when ur loss is soo great, how to forgive and ur urge is to hate.. but still...things will become better.....INsyaALLah SELAMAT HARI IBU TEACHER MASTURA... believe me, ur among the great one....

mama

Image
Bila saya takut Dia selalu kata ALlah sentiasa ada..... Bila saya kecewa Dia selalu kata kita tak boleh putus asa..... Bila saya risau pasal duit :> Dia selalu kata duit tak bawa kita ke mana........ Bila saya dukacita Dia selalu kata untuk apa??? segalanya sudah terjadi Bila saya marah Dia ingatkan saya bahawa saya sudah menjadi saudara syaitan Dia Memberi saya kebebasan dengan syarat-syarat yang perlu saya patuhi.. Memberi saya peluang untuk memilih, bersuara dan menyuarakan pendapat... Menerangkan betapa kukuhnya kuasa sabar dalam penghidupan seharian.... dan paling penting sekali... dia ajar saya, Dunia ini, perjalanan kisah hidup yang dilalui dan diri Milik ILahi...milik ALLah Dia mama saya Mama... Kakak tahu, kakak degil, keras hati, suka main-main, nakal Tapi, sedikit pun tak ada niat untuk melukakan hati mama... Restui hidup aini.....dan moga aini jadi anak solehah yang mama impikan selama ini... Selamat Hari Ibu, mama.... Syukur...kerana Allah berikan say

gembirakah saya????

Dr. 'Aid al-Qarni kata dalam bukunya La Tahzan : "Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi, bila anda dukacita.....carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti hati anda juga akan turut gembira." Sayang sekali bila saya lupa gembira tidak boleh dipaksa, malah rasa mungkin lebih derita.......kerana saya bukan dia...... Moga ALlah ampuni keterlanjuran saya berkata-kata.........dan moga dia akan menemui gembira yang dicari dan dipinta. Ameen. kerana saya yakini ALlah jadikan gembira itu milik semua makhluknya....(",)

Tautan Hati....

Alhamdulillah, buku setebal 785 mukasurat karya penulis muda Fatimah Syarha selesai saya sudahkan......Kisah cintanya berbeda dengan novel lain, namun saya yakini keikhlasan yang dimiliki penulis dalam mendedahkan ketulusan islam amat jelas.......ia novel pembangun jiwa, sama seperti novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy.......menarik... Berkenalan dengan Elya Khadeejah, Asiah Yusra, Umar Al Mujtahid, Al Banna....menenangkan....malah menginsafkan, terasa diri tersangat kerdil di sisi tuhan. Penulis bijak mengaplikasikan bahasa arab dalam membangunkan watak...malah nama itu sendiri membayangkan watak yang dimainkan....Elya Khadeejah: Keunggulan Khadeejah, Layyinul Harir: Kelembutan sutera, Umar Al Mujtahid: Umar yg berjuang.....segalanya simbolik... dan kata-kata yg terdapat dalam buku2 tersebut sangat tersusun malah menyentuh perasaan, lebih2 lagi kata2 Asiah Yusra, watak utama dlm novel ini...(mengimpikan diri agar seteguh dia...ameen) "ALlah lebih tahu Sal mampu,

+melepaskan rasa+

Image
Dah lama saya berkenan dan mengidam Kamus BESTA yg dipromosikan oleh Dr. Fazley tuh... Dulu, sewaktu sempat belajar untuk pasca ijazah, selalu study dengan Aishah, student dr tanah besar China yg seringkali menggunakan kamus elektroniknya sebagai rujukan(tp dia punya bahasa cina ngn BI la).....dari saat itu saya terlalu ingin memilikinya...mcm budak2 kan... tp entah kenapa, dari semasa ke semasa tak terbeli2 dek saya....ada shj penghalangnya... Hari ini, sempena cuti Hari Buruh dan sempena meraikan Pesta Buku di PWTC dan sempena menunaikan hasrat yg lama terbuku....saya beli Kamus BESTA tuh...Senyum saya hari tuh sampai ke telinga, macam budak2 yg baru dapat permainan yg diidam-idamkan...lucu rasanya.... Di stesyen komuter, saya sempat menguji kamus elektronik saya, dalam train, saya cuba sekali lagi..mama dan abah geleng kepala tengok telatah anak dia yg berusia 27 tahun ini....Serius, saya rasa cukup seronok hinggalah.... Sampai rumah, saya buka kembali hasil belian saya..apa yer..