Posts

Showing posts from August, 2005

:: KEJUTAN ::

Cuti sekolah berakhir lagi....Perjuangan bermula kembali. Sepatutnya, hari nih hari pemantauan terakhir dari Guru pembimbing saya....sebaliknya saya dikejutkan dengan berita ketidak hadirannya kerana tumpah darah (guru pembimbing saya pregnant). Sebelum pulang dari sekolah pula, dikejutkan dengan berita dari G (my x-officemates) tentang kematian anak sulung Azam (x-officemates) yang baru 5 bulan. Benar2 tersentak. Minggu lepas, G ada hubungi saya dan ajak melawat...waktu tu baby tgh tenat...tapi tak kesampaian.. Rasa kesal yang amat sangat. Kalau nak direnung kembali...3,4 bulan lepas, saya dihujani dengan sms tentang ayah eita (one of my best 14) yang tenat...dan kerana "kesibukan", saya tidak berkesempatan bersama eita hinggalah pemergian ayahnya....Hari ini, kesilapan sama berulang lagi....Kesal, sebal dan kecewa dengan sikap diri sendiri..... If I really wanted to make differences, I would Be sensitive to the losses and dissapointments of others. Dissapointments and loss

erti hidup

ERTI HIDUP-Dayang Nurfaizah- Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahumu... Di kamar daku sering bertanya Mana tempat ku di dunia Tepuk dada tanyalah selera Jika daku ingin berjasa Memberikan hidupku makna Tepuk dada tanyalah selera Ingin ku (kini ku) mengenali Erti hidup yang diberi Dunia jadi saksi liku-liku kan kuharungi Tiada lagi kan ku di situ Menyaksi kehidupan berlalu Kan ku kerah darah keringatku Tiba waktu aku tiada Tidak akan daku sesali Daku hidup caraku sendiri Angin kau membawa bahtera ku ke mana mahuku... Kini ku berani mengemudi, kemana ku pergi Bagai guruh menggegar bumi, aku tetap teguh berdiri Penuh pengorbanan yang sejati

.........

Lama tak jengok blog. Kesan calar kucing yang tak mencakar hari tuh masih dalam..ditambah pula beberapa peristiwa yang amat mengelirukan. Namun reunion 14 sedikit sebanyak mengurangkan ketegangan... Malam 25: 12 pasang mata yang kian dewasa. Akur dalam tawa setiap mereka ada duka yang tersimpan...Ada dilema dan ada keputusan yang perlu dibuat... Perit dan pedih kita berbeza.. Tak sama rasa tapi ia nyata.. cuma.. diri yang mengerti.... Ketakutan menghadapi hakikat realiti... Dalam kekuatan..aku ada kelesuan... Mencari kekuatan diri menghadapi kenyataan.....membuat pilihan... My Dear Sara: Happy 25th BirThdaY!!! Che' Raudz: don't repeat d same mistake..b strong k.. K. Liza Jusuh: Percaya Rezeki Allah.. Eina: Doakan saya....

T R A G E D I

hari penentuan... bagi guru praktikal, inilah waktu menggerunkan..bila 2 orang hamba Allah dok perati dan menilai.........bila markah bakal dicatit.... namun bagi saya ia jadi tragedi.... dengan suara yang mengalahkan Ramli Sarip dan kdg2 tenggelam timbul..gagahkan juga untuk dipantau......... Entah dari mana,datang pulak seekor kucing putih ni melawat waktu saya mengajar.. cepat2 saya ambil dan campak keluar.. Tapi..tak lama lepas tuh 3-4 org students saya menjerit sampai naik atas kerusi..(lecturer and my guru pembimbing kat belakang tuh..) Datanglak kucing hitam nih..dgn suara Ramli Sarip yang tenggelam timbul tuh sapa nak dengar cakap saya..maka hingaqlah kelas............. Kucing nih pun satu...kelas tuh ada 4 pintu, tapi dia dok buat 5 pusingan dan lawat tiap penjuru..........so..students dah hilang fokus dan masa pun berlalu ~ Rasa kecewa dan sedih Tuhan saja yang tahu..... ~

** Bad AIR Day **

Sampai di pintu pagar sekolah dah nampak muka guru besar........(Mujur hari nih kereta dah baik: kalau tidak makan asap bas + jerebu mcm semalam) oh sekolah cuti rupanyer.....iyalah jerebu memang buruk skrg nih...menyakitkan kepala Tapi...cikgu2 tak boleh balik lagi....so..memerap dalam bilik guru tengok berita.... "Sekolah sekitar selangor cuti besok..." " Malaysia tidak akan mengadakan konflik dengan Indonesia berkaitan masalah jerebu bagi memelihara perhubungan serantau" "Malaysia sanggup membantu Indonesia berkaitan masalah Jerebu" Sekitar perbincangan guru-guru disekolah: "API dah lebih 500 kat Klang, dahsyat yer" " Anak I kat Shah Alam dah call minta jemput balik" "Indonesia nih suka ler..iyalah jerebu yg dulu tuh,PBB turun, kita turun tolong padam api.." Ish bila boleh balik nih....lastly, GB bagi balik kul 3 ptg....sakit kepala memandu dalam jerebu nih.. Jerebu?!!?Kenapa yer? Jerebu merupakan satu fenomena yang dise

~ c i n t a ~

Image
Menghadiri majlis penyatuan cinta seorang teman lama Azlina Azmir dan Mohd Fakhzan di Shah Alam….. Wah serba biru temanya kali ini…………air minumnya pun biru juga... Cinta itu universal, maka tak salah rasanya untuk kita terus membicarakannya…. Abdullah Nasih Ulwan telah menyenaraikan cinta kepada 3 kategori utama: Cinta agung: Cinta yang meletakkan Allah dan RAsul lebih dari segalanya. Cinta Pertengahan: Mencintai kerana akidah Cinta Hina: Cinta berlandaskan tuntutan nafsu Agungkah cinta hingga Qais sanggup berkorban untuk Laila manakala Romeo minum racun, usah lupa cinta agung Saidina Abu Bakar menahan diri dari kesakitan dipatuk ular agar Rasulullah tidak terganggu lenanya, Cinta Rasul untuk ummatnya hingga membawa ungkapan ummati3x diakhir hayatnya dan mungkin juga cinta Rasul junjungan pada Isterinya Saiditina Khadijah yang membawa pada cemburu Si Aishah. Nyata sekali agungnya cinta kerana agungnya pencipta cinta. Namun sesuatu yang indah tidak akan dicipta untuk mudah dinikmati d

SaBtu dan ReJab

Image
2 hari lepas, saya diperingatkan oleh seorang teman dan mama tersayang berkaitan kehadiran Rejab....peringatan kalian amat dihargai...... Arwah nenek dulu sgt gembira dengan kehadiran Rejab...disitulah bermulanya pesta ibadah buatnya... dia tak pernah lupa puasa 3 bulan penuh(Rejab, Syaaban dan Ramadhan) Buat saya..latihan ibadah sebegitu semakin kurang saya lakukan semenjak menamatkan universiti..Anehkan??? tidak cukupkah apa yg dipelajari di institusi islam yg agak terkenal itu..... hah..usah salahkan lantai andai tidak pandai menari...usah salahkan institusi andai diri tidak pandai menghargai dan mengaplikasi....... Saya sering memandang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai latihan untuk mengubah diri...Berubah kerana dia...kerana aku??!! (refer:: kerana dia..kerana aku: www.abdeellah.blogspot.com ), adakalanya kita memerlukan dorongan luar untuk berubah..mungkin kerana Dia, mungkin juga dia...namun kita tak mampu mengukur tahap mana yang perlu diubah jika tiada dia mahupun

PeNaWaR

Pernah mengalami keadaan dimana anda berada ditgh2 jalan raya dan kereta tidak dapat dihidupkan.......... Apakah perasaannya???? Ayat biasa yang sering diutarakan..pemandu perempuan begitulah... Maaf ye bang...b4 kuar saya dah check air, minyak enjin baru tukar..kipas pusing..... dan..bermulalah rasa yang tidak selesa sepanjang hari....sakit hati di SekoLah: Mengembalikan kertas peperiksaan budak2... "how many legs does 6 chickens have?" "Teacher...chicken has 4 leg la......the answer should be 24" Bertegang leher dgn ank murid pasal ayam..cian my dear students tak nah tengok ayam hidup....murid-murid...ayam kakinya empat.... sekurang-kurangnya mereka buat saya lupa tentang kereta...thanks sayang.... Balik SeKoLaH: Lama betul tak naik bas....mengembalikan nostalgia betul... mahal betul tambang sekarang nih yer...maybe sebab minyak dah naik.. Hari ini saya pulang membawa sebtg pen dari Ashwa.. "This is for what?" "I just want to give teacher somethin

TaK BEsT!

Image
7:30 pagi: Awal-awal lagi enjin kereta dah dipanaskan... Banyak yang perlu diselesaikan hari ini. ... (Insurans Kereta, Road Tax, saman and bil air....Kul 12 pula ada meeting di sekolah) Jem macam biasa........ Leganyer..dah bayar saman..Insurans and road tax pun settle..tinggal bil air. Park kereta depan Czip Lee. Beringat sebelum kena...jangan lupa bayar tiket k. Sajer park jauh sikit..exercise..jalan kaki ke Post office and settlekan bil. On the way ke kereta. Sempat capai 2 majalah...ANIS and JELItA. 10.30 pagi: Sampai di kereta...Huh..Kertas hijau nih lagi..SAMAN Lagi!!! PAk Cik ......lambat 15 minit jer.....okla..16 minit...ini serupa macam saya tak bayar duit tiket nih..... Cakap sorang rupanyer...Pegawai Penguatkuasa tak der pun.... Dengan hati mendidih dan amarah sampai nak nangis patah balik ke MPKj..... Ya ALlah ramainyer orang..sampai ptg pun tak dapat turn lagi nih.. Kereta pusing ke Kompleks Hentian Kajang Jln Reko..kononnyer ada pejabat cawangan kat saner...naik tingk

KosoNg

Image
Jalan-jalan kedai buku....sempat juga memerhatikan anak muda yang cuba untuk menghilangkan kebosanan...macam saya juga.............. Lama tak merayau ke bandar Kajang..walaupun sekolah tempat mengajar benar2 di tengah-tengahnya...Parkson Ria dah bertukar Parkson Grand, Nandos yang prnh ada sudah tiada lagi..Kyros Kebab kegemaran saya dan kedai buku yang tak pernah saya lupa untuk singgah walau keluar dari situ dngn tangan kosong masih sama....... Mungkin tak besar macam Kinokuniya yang dilawati ketika berada di U dulu, tapi rasa senang berada disini tak pernah luput.... latest buku Sidney Sheldon: Are you afraid of the dark sudah muncul....RM30++..beli tak??beli??tak?? My fav writer..lagipun jadi guru harus banyak membaca...tambah ilmu..tapi ini masih tak masuk budget.. Kajian yang telah dijalankan mendakwa bahawa masyarakat negara membangun seperti Malaysia hanya membaca 80 muka surat dalam setahun (UNESCO Report, on mass communication. 1967 - a report on the production and distribut